Tuesday, December 13, 2016

Jaga Kesihatan Dengan Jus Tomato

Salam.

Sejak-semenjak-dua menjak dah berusia ni, dah terasa sangat dah kot kena jaga dan concern dengan kesihatan sendiri, cumanya virus 'M' memang sangat menular dalam minda. Haha.


Disebabkan aku jenis yang memang langsung tidak gemar makan sayur-sayuran, terutamanya yang hijau, yang dimasak, dalam nasi, mee, atau apa sahaja masakan sayur yang dimasak, maka banyak juga khasiat sayur yang aku kurang. Membesar bagai johan dengan seafood, daging, lelemak, tenusu dan buah-buahan je. Agak tak seimbang juga lah, Rasa macam karnivor pun ada. Haha!


Jadi, beberapa bulan lepas, aku cuba start dengan konsisten cuba minum dan makan tomato. Actually aku memang rasa tomato ni buah, bukan sayur, so mind set memang boleh terima lah kan? Nasib baik merah. Haha tetiba!


Apa yang bagusnya amalkan tomato ni, selain kulit memang gebu-gebu?
"Fungsi jus tomato itu ialah ia mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan anda. Ini kerana tomato mengandungi niacin yang mampu menstabilkan kolestrol. Ia juga kaya dengan serat yang sekaligus menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah. Paling menarik, jika anda amalkan pengambilan jus tomato, ia mampu menurunkan berat badan! Ini kerana jus tomato rendah kalori dan mampu menyingkirkan toksin dari dalam badan."
Bab turun kolesterol tu Alhamdulillah, so far aku so good, belum lagi terlebih atau terkurang parasnya. Cuma bab menurunkan berat badan tu tak berapa perasan sangat, cuma bila kita dah biasa konsisten dalam seminggu tu ada buat jus tomato aku makan secara raw buah tomato ni, aku rasa macam lebih selesa, ringan, tak sebu, perut lebih selesa, lawas dan sebagainya. Kira berjaya lah jugak, kan? Serious beb.

Lagipun, untuk info, makanan buah yang berwarna merah memang baik untuk darah, saluran darah, semua tempat yang ada darah dan saraf. It's a fact. Bila darah okey, kulit dan mata pun Alhamdulillah lebih nampak segar dan elok.


Selain makan macam makan epal, banyak je resepi jus tomato yang korang boleh Google, senang sangat. Cara aku simple je, kau blend je semua benda ni sekali, tak payah tapis, teguk je dengan serat/fibre tu semua.
1 gelas air kosong / air mineral satu botol.
2 biji tomato - tomato aku suka yang keras, firm sikit, so ada tekstur.
1/2 biji lobak merah - (optional, ikut suka korang lah, aku suka letak, esp lobak merah yang comel tu)
1/2 biji epal hijau - (yang ini pun ikut korang lah)
Garam hujung sudu besar (bukit ke laut ke, mana yang ada lah, sama je)
Madu dua sudu
Aku campur jus pati delima pekat satu sudu (aku pakai yang jenama Gulsan tu)
*Ada yang suka letak seleri, tapi kalau aku memang taklah kot, seleri kan sayur. Haha!

Cubalah, konsisten, buat malam esok pagi minum terus segelas/sebotol. Mesti berak pun lega tersenyum je. Haha.

#dapurbujang
#JournalJeeb

Foto dari Google.