Tuesday, December 13, 2016

Kawah Api Biru Gunung Ijen, Jawa Timur Indonesia

Salam.

Beberapa hari lepas aku ada tonton 'The Amazing Race Asia Season 5' dan salah satu lokasi cabarannya ialah di Gunung Ijen, Jawa Timur, Indonesia.


Pergh! Memang cantik sangat-sangat tempat ni. Untung-untung ada rezeki nanti boleh plan ke sini.


Lokasi ini memang amat popular dengan gunung berapi yang aktif dan menyimpan pesona keindahan alam yang mampu membuat sesiapa pun yang datang akan terpukau. Serious lawa beb!


Antara bahagian paling menarik di sini ialah kawahnya yang terhasil akibat letusan gunung berapi. Walaupun dikategorikan sebagai gunung berapi aktif dan sebagaimana yang kita tahu, Indonesia yang masih mempunyai beberapa gunung yang masih aktif di Lingkaran Api Pasifik, namun Gunung Ijen memang selamat untuk dilawati dan masih diwartakan sebagai pusat wisata, atau perlancongan.


Fenomena sinar matahari pagi yang menyinari kawah akan dipantulkan sehingga membentuk warna 'Blue Sapphire' berkilauan dari permukaannya, dan mencetuskan permandangan 'Blue Fire' iaitu keadaan kawah yang seolah-olah bergelora dan berwarna kebiruan.


Cuaca yang sejuk dengan suhu 10 darjah celsius akan menambahkan lagi keasyikan di atas sana serta dapat ditemui juga tumbuhan-tumbuhan dan bunga cantik seperti Bunga Edelweis.


Walaupun bau sulfur / belerang memang confirm kuat gila, dan menyengat, tetapi bagi penggemar fotografi landskap macam aku memang tak kisah sangat lah kot. Kat sini juga masih lagi aktif dengan aktiviti perlombongan sulfur dikalangan penduduk tempatan.


Untuk menuju ke Gunung Ijen atau lebih dikenali dengan nama Kawah Ijen, ada dua jalan utama iaitu dari arah Bondowoso-Wonosari dan Banyuwangi-Licin dan digalakkan menaiki jip atau pacuan empat roda yang boleh disewa di situ untuk memastikan perjalanan ke sana berjalan lancar.

Harap-harap nanti ada peluang untuk ke sana!

#masukwanderlist
#journaljeeb

SUMBER : Facebook Destinasi Bajet