Wednesday, April 27, 2016

Berbaloi Lepak Di Western Food Pekan Station Kg Baru

Salam,

It was an unplanned lepak-lepak time.
Since dah berapa lama tak turun melepak hangout malam di ibu kota Malaysia ni,
Sabtu lepas, aku dan geng-geng #foodhunter KBBA9 ambil masa malam minggu sekejap untuk relaks dan santai di sekitar Kampung Baru, KL.

Sakan, acah-acah pelancong!
Kg Baru, KL kan...memang terkenal sebagai 'heaven of food hunter' macam kitorang ni, terlalu banyak pilihan jenis makanan, masakan tempatan, Thai, western food, dan macam-macam lagi.
Cuma yang kena bertabah kalau nak lepak kat sini ialah mencari parking spot di kawasan yang sangat-sangat crowded ni, dan juga bertabah dengan standard harga makanan di kotaraya macam Kuala Lumpur ni. Hahaha!


Western Food Pekan Station Kg Baru
Jadi, kebetulan Bamhoq dan ST dah familiar dengan kawasan dan kedai makan kat sini, kitorang pun decided untuk lepak-lepak di Pekan Station, salah satu restoran western food kat sini. Seriously memang sangat ramai orang, dah kenapa? Nasib baik dah reserved awal-awal..macam VIP gitew! Haha! environment kat sini memang relaks gila, nampak macam kedai kopi biasa, tapi serious selesa dan sangat santai nak lepak-lepak dengan family dan kawan-kawan.


So, nak makan apa? Kitorang order semua! Hahaha!
Ini bukan tamak ye, tapi inilah cara berhemah nak rasa semua menu yang ada kat sini, sorang satu lah ye, tak ada pembaziran pun.


Saiz Portion Yang Puas Hati!
Okey, sebelum makanan sampai, aku just assume yang biasanya kalau western food semuanya sama je, dan harga memang standard dia lah kan, tapi di Pekan Station Kg Baru ni, jangan terkejut lah sebab portion dia memang seriously melimpah! Haha! So, "camera eats first", nah abang belanja gambar sikit yang mana favorite menu abang! 

Mix Grill Pasta (RM16.00)
Chicken Boxing - 7 pcs (RM8.50)
Chicken Grill (RM11.00)
Beef Paper Steak (RM14.00)
Mushroom Soup (RM4.00)
Haa...banyak pulak rasanya yang favourite, emang dasar! Haha! Selain menu ni, banyak lagi menu yang ada kat sini, dan korang boleh tengok sendiri portion dia memang banyak gitu untuk semua menu, dan harga dia sangat-sangat berpatutan kan?

Jus Buah dari RM2.70 - RM7.00
Menu yang ada kat sini.
Berbaloi-baloi!
So, seriously memang puas hati lah kalau nak lepak sekali sekala hujung minggu kat sini, makanan semua puas hati, service pun not bad walaupun ramai orang, still boleh cope dengan timing order dan serve, dan yang paling best aku masih tak boleh move on sebab saiz portion dia sangat besar dan berbaloi! Hahaha!


Perkhidmatan Penghantaran
Dan yang paling best kalau korang semua memang duduk area Kg Baru KL, awek-awek nurse HKL ke, pelawat IJN ke, nak cheat menu Hospital Pusrawi ke, boleh saja call dan order makanan dari Pekan Station ni, cas penghantaran pun dan masuk sekali dalam harga menu pilihan korang! Untung laaa~~~

Waktu operasi biasanya bermula jam 6.00 petang sehingga jam 1.30 pagi, setiap hari, unless kalau cuti, selalunya pada hari Khamis, atau mereka akan maklumkan di laman sosial Pekan Station.

Facebook: Pekan Station
Instagram: @PekanStation
Website: www.pekanstation.my

Restoran Pekan Station
Jalan Raja Uda, Kg. Baru Kuala Lumpur.
(Waze atau Google Map : Pekan Station Western Food)
Tel: 010-796 0648
Pekan Station Kg Baru - RECOMMENDED!