Monday, October 31, 2016

Pengalaman Pembedahan Gigi Geraham Bongsu

Salam, 

Pagi-pagi ni bila check inbox, ramai juga yang tanya pengalaman masa aku kena operate gigi geraham dulu tu. Rasanya dulu dah ada buat entry tu, tapi tak tahu macamana boleh hilang.
It's okey, kali ni aku ceritakan balik secara ringkas kronologi daripada check-up sampailah gusi kau berjahit atas bawah. Haha. Ngilu kan? Ala, tapi tak reti nak ringkas sangat. Sebab aku suka menceceh. Haha.

Klinik Pergigian Izra, Presint 8 Putrajaya.

1. Okey, straight to the point. Mula-mula check up di Klinik Pergigian Izra, di Presint 8, Putrajaya bukan atas sebab nak cabut gigi terus, tapi sebab nak check up gigi aku yang 'crowding' atau berlapis-lapis yang sangat teruk sampai ngilu rasa bila gigi-gigi dah start berlaga atas bawah, rasa dia bergerak-gerak kalau nak tidur. Asalnya nak minta consultation untuk pasang braces, perlu atau tidak kan. Lepas dah check-up, dentist terus bagitahu, ada beberapa batang gigi geraham bongsu yang masih tak keluar, tak boleh keluar, dan stuck dalam gusi, ada yang separuh, ada yang senget dan terbenam. Itu punca gigi aku berterabur, senget-senget sebab tak ada space nak bergerak. Puncanya? Ada beberapa batang gigi susu yang dah kekal keras, dan aku hanya pernah patah gigi sebatang sahaja daripada zaman sekolah! Serious ni. Haha! Mungkin sebab habit aku memang tak suka makan benda manis-manis atau memang jaga elok kot? Konon lah. Tapi dia cakap gitu lah.

Crowded teeth, gigi berlapis.

2. So, dentist di Klinik Pergigian Izra ni bagus juga, dia sarankan remove dulu wisdom teeth ni, lepas itu baru consult semula untuk pasang braces jika perlu. Dan terus dia buat referral letter ke Klinik Pergigian Kerajaan, di Klinik Kesihatan Presint 9. Bayar RM5 sahaja dia kata sebab tiada treatment. Sebab kalau nak remove di klinik swasta ni mahal, sebatang around RM150-200 depends pada procedures. Memandangkan kita ni nan-hado, minta referral letter sahaja lah. Haha.

Molar-molar cinta.

3. Bila dah dapat referral letter, hari yang sama aku terus walk-in di Klinik Pergigian Presint 9, which is sebenarnya aku dah biasa ke sini sebab memang rutin akan buat scaling dalam 3-4 bulan sekali. Jadi dah kenal lah dentist kat sini. Bila aku bagi referral letter dari Klinik Izra, terus dentist suruh buat x-ray. Haha. Start masa ni aku dah nervous dah. Macam serious je. 

Kohaja ye kau sengih!
Rupanya hasil daripada x-ray tu, memang dentist baru perasan ada wisdom teeth yang senget tak boleh timbul dalam gusi. Ada beberapa lagi yang separuh keluar dan ganggu gigi sedia ada, dan tak boleh kunyah dengan betul. Huh? Aku rasa elok je aku kokak ayam, daging, pizza, burger sebelum tu. Haha! Jadi kesimpulannya, ada total 5 batang aku kena remove, bukan cabut biasa, tapi kena melalui pembedahan, which is terus refer ke Pakar Bedah Mulut, Hospital Putrajaya. Haih! Masa ni rasa macam menyesal pun ada bila rajin sangat pergi check up. Haha!

Contoh X-ray gigi geraham yang tidak mahu timbul.
4. Satu hari, ada dua referral letter, makanya referral letter yang kedua, straight terus ke Pakar Bedah Mulut, Hospital Putrajaya. Menyesal, tapi risau. Itu saja yang aku ingat sepanjang hari tu. Haha.
Bila dah sampai turn aku check up, kena x-ray lagi sekali, kali ni macam kagum jugaklah, mesin x-ray dia canggih sangat uols! Berputar 360 darjah atas bawah lagi, macam filem science fiction! Haha! Selepas di x-ray, jumpa doktor pakar bedah, dia terus tanya, sakit sangat atau tidak? Aku jawab kadang sakit, kadang okey. Terus dapat appointment bedah 2 bulan lagi kau! Nampak macam lama, tapi kalau kes tak berapa sakit, acah-acah dia sakit sikit ngilu-ngilu, kira cepat jugalah tarikh appoinment tu. Dan, lagi satu dilema, doktor tanya, nak buat sebatang-sebatang atau sekaligus? Masalahnya 5 batang kot, kalau sebatang-sebatang tahun bila nak habis, kan? 

"Kadang sakit, kadang ngilu, kadang geli-geli saja." - kataku pada doktor.

5. Tujuan doktor tanya sebatang atau lima batang sekaligus, sebab ada risikonya. Ini yang aku tak berapa gemar ni. Macam serious je. Tapi memang serious pun. Sebabnya, kalau sebatang, hanya local anesthetic atau bius biasa sahaja. Masih sedar dan boleh balik hari yang sama selepas pembedahan. Tapi sebab aku pilih sekaligus, risikonya aku terpaksa ambil full anesthetic, iaitu, bius satu badan, tak sedar, kira major operate lah. Masa ni, aku rasa macam nak give up dah. Serious sangat ke? Erghh! Akhirnya aku terus je selamba, "Doc, just give me that damn full anest thingy doc!" Haha. Konon cool lah!

Klinik Pakar Bedah Mulut Kepohchi macam saya. Haha!
6. To make it short, sehari sebelum pembedahan aku dah kena stay di wad, Wad Pembedahan 3A Hospital Putrajaya, orang masuk wad semua muka sugul, risau, aku siap berlenggang lagi tersengih-sengih, siap bawa baju tidur sendiri, bawa ipad, bawa buah-buahan sendiri lagi! Hahaha! Perangai sangat! Selepas register, baru pucat muka sebab aku sorang je dalam bilik hujung tu, tak ada patient lain. Nurse siap cakap, jangan bising sangat, bawah ni Unit Forensik. Pfftt! Nak tunggu member aku Dr.Shawn, dia belum masuk kerja lagi. Membosan lah sekejap. Masalahnya, aku lupa, aku dah kena start puasa selepas waktu Maghrib tu, maka tengahari tu aku dah call si Yanty dan Kak Sue Izza ajak pergi makan. Oh! Damn aku terlupa aku dah terpakai gelang hospital tu, mana boleh keluar. Konon nak jingkit senyap-senyap, sekali kena sergah dengan kakak nurse, haha! Bagi alasan nak pergi beli roti kat bawah. Sampai bawah terus cabut masuk kereta, pergi makan nasi lemak ayam kat foodcourt luar, dengan gelang hospital tu, dah macam orang gila terlepas dari Tanjung Rambutan pun ada!

Hai Si Bogel...1...2...3...noda dia!

7. Hari Pembedahan, jam 7.00 pagi sharp, kena pakai apron bedah yang sarung depan tu, yang nampak bontot tu! Hahahaha! Ambil masa dekat 15 minit juga aku termenung tengok apron tu, sampai nurse dah pekik, "Bogel cepat!" "No underware!" "No boxer ke apa!"...rasanya ternoda sangat aku kena bogel macam tu. Sedih wak! Nak cabut gigi je pun sampai kena bogel-bogel bagai! Hahaha! Sebabnya, aku bakal full anesthetic, bius seluruh badan, memang tak boleh pakai apa-apa untuk blood circulation katanya. Naik stretcher, kepit-kepit aku nak manjat atas stretcher tu...bontot jadi tontonan. Mak, maafkan cheq mak, cheq terpaksa! Masuk bilik pembedahan, dia terus cucuk-cucuk, pasang wayar kat dada, tekup gas apa benda tu, terus 1,2,3...hanyut.

Prosedur pembedahan korang boleh tengok video macam yang di bawah ni. Lebih kurang sama lah, semua jenis extraction aku kena buat. Sebab lokasi dan keadaan gigi geraham yang berbeza-beza.




Awrrr!
8. Aku sedar dari pembedahan dah ada dalam wad, ya ampun, sejuknya yang amat! Tengah mamai-mamai lagi tu, aku tengok jam dah pukul 2.00 petang, tiba-tiba ada macam lembaga tengah sengih-sengih tepi katil, kelip-kelip mata, tengok dak Shawn mengekek tahan gelak, aku nak tanya kenapa, tapi tak boleh buka mulut, rasa macam kena gam, dia terus tanya mana baju seluar aku? Baru ingat aku masih bogel, tutup selimut nipis je tu. OMG! Terus aku bagi bahasa isyarat kat Shawn suruh ambilkan baju seluar dalam kabinet tepi tu. Siap tolong pakaikan lagi, maklumlah i is kan baru lepas dibedah, insan yang lemah..Rahsia kita ye Shawn! Kikiki! Lepas tu 30 minit je Shawn lepak situ, dia on-call, lepas tu dia kata, bosan tak boleh nak borak, aku tak boleh bercakap. LOL! Baru aku perasan, dalam mulut aku ada gauze, tukar 4-5 kali juga dalam satu jam sebab penuh darah. Raba-raba dengan lidah, kiri-kanan, atas bawah berjahit! Bengkak je rasa kebas satu muka. Sambung tidur.

Contoh macam inilah berjahit gusi yang kena potong.
Ngeri kan? Terasa lagi sampai sekarang!
9. Jam 5.00 petang, nurse kejut, kena makan. Tapi dia bagi makan aiskrim vanilla satu mangkuk besar untuk surutkan bengkak tu. Dengan bubur sejuk, betul-betul sejuk macam ais bubur tu. Katanya, tak boleh makan minum barang panas dalam masa 2-3 minggu sehingga buka jahitan. Aduh! Kurusnya rasa! tapi sedap, makan aiskrim je keja aku sampai malam tu. Kena tidur di wad lagi satu malam. Takut masih bleeding, dan kena cucuk masuk air lagi sebab aku masih ting-tong. Haha!


10. Esoknya, tengahari, check-out (macam hotel kan?), Yanty ambil aku, dengan berboxer dengan baju tidur je aku keluar hospital tu, sebab tak sempat nak tukar-tukar baju. Ciss!
 
Aiskrim Vanilla jenama Magnolia.
11. Dan, selama 3-4 minggu, aku berpantang, makan aiskrim vanilla, aku makan yang jenama Magnolia, sebab tekstur dia halus gila, sedap sangat, tak sakit tekak, mahal sikitlah Magnolia mangkuk besar tu. Selepas tiga minggu buka jahitan, dan dia letak macam gam pada gusi. Minggu keempat bengkak dah mula surut, dan dah boleh kunyah-kunyah nasi. Fully recover dalam masa 5-6 minggu jugalah sampai hilang rasa ngilu. Rasa bogel je dekat kawasan yang potong tu. Tapi sekarang gigi dah anjak ke belakang sikit sebab dah ada space, dan aku tak pasang braces pun, since last check up, dentist kata dah tak perlu sebab dah balance kacip gigi atas bawah. Yeah!

Fuhh. Tamat.

P/S : Gambar semua aku rujuk semula dari Google, lebih kurang macam itulah.

#journaljeeb

Monday, October 24, 2016

Khasiat Dan Kebaikan Susu Kurma

Salam,

Dah macam blog kakak-kakak sangat berkongsi khasiat makanan kan? Haha.


Actually, this lately aku ada satu menu kegemaran baru. Sebenarnya tak berapa baru sangat, kalau bulan Ramadhan selalu je buat --- SUSU KURMA atau Kurma Susu...ehh! Sama je lah.

Selalunya susu dan kurma ni memang 'menu malas' aku kalau bulan puasa. Haha. Kenapa malas? Sebab senang sangat nak buat. Dan serious kenyang sangat-sangat! Kalau malas keluar makan malam, belasah je susu dengan kurma, tambah oat atau Nestume sikit.

*Kurma + Susu + Ais + Oat (optional) + gula (optional), rendam semalaman, dan kisar waktu pagi atau bila nak minum ala-ala milkshake ke, ice blended ke..ikut suka anda.
Susu Kurma SegarFarm Fresh - RM8.50 --- beli di office, macam mahal je.

Sekarang ni pula dah ada eh orang menjual Susu Kurma Segar yang dah siap campur.
Senang hidup kan? Ada yang susu lembu, ada yang susu kambing, susu ibu je belum ada lagi. Haha!
Puncanya aku rajin buat entri ni, tadi aku singgah cafe di office, tengok ada lagi stok Susu Kurma Segar Farm Fresh yang tersohor tempoh hari. Ala, masa bulan-bulan puasa lepas, hai-lah kakak-makcik bawang gigih sangat kan menjual dan mempromote susu kurma ni. Siap ada delivery lagi. Lepas bulan puasa lesap semua agen, delivery semua krik-krik-krik. Lepas tu ada seorang staff tanya, minum susu kurma nak kulit cantik ke? Eh..motips? Abang dah memang cantik ye! Haha!

Siapa ada buat jual-jual boleh tinggal contacts dan kawasan menjaja di ruangan komen ye.

Rupanya, selain mengenyangkan, bagi tenaga dan sedap, rupanya banyak lagi KHASIAT DAN KEBAIKAN SUSU KURMA ni.
  • Dapat mengatasi insomnia atau susah tidur.
  • Mengobati lemah otot, pegal-pegal serta lesu.
  • Mengatasi batuk secara alami.
  • Menghilangkan gatal-gatal di dalam kerongkongan.
  • Mengurangi pengeluaran sel darah putih.
  • Mengatasi sakit usus besar.
  • Menambah nafsu makan seseorang.
  • Mampu mencerdaskan otak dengan memperkuat daya ingat.
  • Menambah tenaga seksual orang dewasa.
  • Mempercepat pertumbuhan anak.
  • Melancarkan peredaran darah didalam tubuh.
  • Membantu mengurangi pendarahan saat ibu melahirkan.
  • Membantu mengurangkan alahan kulit dan bagus untuk kesihatan dan kesegaran kulit. 

Patutlah dia kata nak cantikkan kulit kan?
Tenaga dan kesuburan ehem-ehem pun boleh. Hehe!
Susu yang aku beli jenama Farm Fresh ni memang sedap kot. Tapi kena alert dengan expired date dia, sebab Farm Fresh ni memang susu segar betul-betul segar, tak ada pengawet rasanya, memang kena habiskan cepat, cuma kalau nak beli banyak tu kena minum cepat-cepatlah. Aku ni beli asal rasa nak minum baru beli, tak reti nak borong simpan stok banyak-banyak.

Oklah. Itu saja nak share.

Sumber gambar sendiri dan aku Google, lupa amik kat site siapa tadi. Hehe. Kbai.

#JournalJeeb

Thursday, October 20, 2016

[Edisi Stalker] Chai Wala Pakistan Arshad Khan Jadi Sensasi Internet

Salam,

Haha. Motif sangat buat Edisi Stalker kan?
Tak ada apa-apa, saja nak share cerita hot semalam hasil risikan geng-geng forum yang tengah sibuk menceceh pasal si "chai wala" ni. Chai wala ni bermaksud 'pembuat/penjual teh'. Lebih kurang mamak teh tarik lah kalau kat Malaysia ni, cuma kedai tu family dia punya.

"Hot Tea" Arshad Khan - Chai Wala Pakistani --- Hot ke tidak?
Dan semalam, chai wala yang bernama Arshad Khan, baru berusia 25 tahun dari Islamabad, Pakistan ini menjadi internet sensation apabila seorang jurufoto, Jiah Ali memuatnaik gambar Arshad di laman Instagram beliau pada 14 Oktober lepas. Keunikan mata Arshad yang berwarna biru laut telah menambat hati gadis-gadis, makcik-makcik bawang, dan juga hadek-hadek seantero dunia apabila ramai gila yang share dan jadi trending di laman Twitter dan Ebuzz. Gitu!


Gambar Arshad Khan dengan caption "Hot-Tea" itu jadi fenomena dan viral di dunia internet semalaman dan esoknya terus dia dapat kontrak modelling dengan laman shopping online tempatan di sana [fittin.pk] dan dijemput ke rancangan televisyen dan majlis-majlis gala. Amboi! Kemain sangat kan orang di sana pun boleh tahan stok-stok viral ni. Masalahnya si Arshad Khan ni siap bagitahu dia tak faham apa yang sedang berlaku. Kau dah kenapa boy? Kesian dia mesti kena stalk, kena puja macam Mawi World dulu. Haha!

Fashion-wala terus kau Arshad. Awkward lagi ni pose pose!
Pergh...rezeki kan? Siapa tahu esok lusa ada pula abang mamak atau abang peniaga burger yang kendo-kendo jadi model atau selebriti berkat viral kan? Sedangkan anak dara yang jual nasi lemak pun boleh laris, apa lagi yang memang rezeki berwajah model-type kan?


Zasss!

Tak ada orang nak hire aku jadi model ke wey? --- Model Bilik Fail! Bhahaha! Kbai.

#JournalJeeb

Wednesday, October 19, 2016

Tak Sabar Ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Salam,


Bertuah rasa menetap dan bertugas dalam kawasan WP Putrajaya ni, tiap-tiap minggu ada sahaja program atau acara mega di sini atau di kawasan berdekatan Lembah Klang ni.


Yang terbaru ni mesti confirm punya aku akan singgah, Pesta Lelong Buku! Yeay!
Aku dan buku memang tak boleh lari jauh punya, habit yang memang gila-gila punya, tapi paling kelakar sebab habit MEMBELI lebih daripada peratusan nak MEMBACA tu! Hahaha!

Bukan sengaja pun, cuma kadang-kadang masa tak berapa nak mengizinkan (alasan), tapi oklah, at least aku cuba letak target seminggu mesti habis satu buku kan? Hihi!

Gigih Abang Bertanjak ni promote kan? #Respek!

Apa benda Pesta Lelong Buku di Putrajaya ni?
Haa...Pesta Lelong Buku Putrajaya bagi tahun 2016 yang akan berlangsung pada 21 sehingga 30 Oktober 2016 ini, bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, (di hadapan Dataran Maybank - Palace of Justice), di mana pesta ini merupakan lelongan buku-buku berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia!

Dengan kekuatan 100 buah gerai pameran dengan penyertaan lebih 50 buah penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications & Distributions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ITBM, Telaga Biru, Must Read Sdn.Bhd, JAKIM, dan ramai lagi. Lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%.Pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan masuk adalah PERCUMA! PERCUMA - MA - MA - MA- Meriah beb!


Tak Ada Alasan Lagi Dah!
Matlamat utama Pesta Lelong Buku ini dianjurkan adalah memberi ruang dan peluang kepada para pembeli serta pelbagai pihak untuk mendapatkan pelbagai buku yang terbaharu dan berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur iaitu Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Bagus kan?

So, selalunya kita (AKU) akan berkira-kira untuk membeli bahan bacaan, memang cerewet tak suka membazir beli bahan bacaan yang 'sedikit muka surat', tapi yang tebal-tebal selalunya mahal-mahal kan? Jadi dengan adanya program Pesta Lelong Buku Putrajaya ni nanti, bolehlah BERJIMAT BANYAK sangat kan? 

Ada Pertandingan Mewarna, Bercerita dan Selfieee! | Jangan Lupa Hashtag #PestaLelongBuku tau!
Acara Lain Pun Ada!
Acara lain selain jualan buku pun turut diadakan di sana nanti seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti kumpulan Nasyid Rabbani, Heliza Helmi dan beberapa lagi selebriti akan turut datang untuk beri sokongan. Memang meriah nanti!

So, apa lagi? Bulan ini gaji awal sikit sempena persiapan perayaan Deepavali minggu depan kan? Jom spend sedikit rezeki untuk bahan-bahan bacaan yang berbaloi-baloi hujung minggu nanti!

Nanti jangan lupa selfie di sana tau! Gunakan hashtag #PestaLelongBuku dan tag sekali penganjur @pestalelongbuku @sinergiilmu , mana tahu boleh menang hadiah atau mereka repost kan!

Untuk sebarang info lanjut boleh hubungi penganjur di +6019 - 325 8285 atau +6019 - 325 8289

#JournalJeeb