Thursday, March 2, 2017

Min Kaffe Kopi Mineral Bergaram



Salam,
 
Dalam sibuk-sibuk kerja dan kelam kabut siapkan assignment dan tesis untuk proposal kajian, nasib baik ada rezeki dapat sekotak kopi sebagai peneman, Min Kaffe. Thank Eja & Kak Sue.


Aku sejak 2-3 tahun ni memang dah jadi peminum kopi tegar, cuma sebab aku ni kena hati-hati dengan kopi berkrimer atau kopi susu ni, makan terpaksalah memilih sikit jenama kopi yang boleh dilayan.

Baru-baru ni dapat cuba sekotak Min Kaffe, iaitu kopi mineral yang bergaram. Haa....pernah cuba kopi dengan garam? Bagi aku, ini pertama kali dan aku suka sangat rasanya sebab tak ada kelat manis gula dalam kopi...rasanya lagi okey kot.


Fakta yang menarik aku nak kongsi, Min Kaffe atau mineral kaffe / coffee ni memang sesuai diminum walaupun yang ada penyakit kencing manis ke, darah tinggi ke, gastrik, migrain, asma dan lain-lain. InshaAllah, ia tak memudaratkan kalau diambil secara kerap sebab kandungan kafeinnya sangat rendah, mengandungi mineral dan magnesium yang membantu menyerap kalsium dan zat-zat lain. Malah menghilangkan stress serta memulihkan tenaga kala keletihan. Kopi ni bukn ubat ye tapi minuman bernutrisi dan elok untuk kesihatan.


Untuk rakan-rakan wanita yang dah cuba kopi ni pun ada khasiatnya juga tau.
 
KHASIAT MINERAL COFFEE BAGI IBU MENGANDUNG

Orang kata wanita mengandung tak elok minum kopi, tapi Min Kaffe ni boleh minum malah memang elok :

✅ Dapat mengatasi masalah bacaan tekanan darah rendah.
✅ Menstabilkan gula dalam darah untuk mengelakkan GDM (gestational diabetes melitus) atau kencing manis ketika mengandung
✅ Menstabilkan tekanan darah yang tinggi atau sangat rendah.
✅ Memberi tenaga serta mengenyangkan di kala ibu yang mengalami 'morning sickness', tidak lalu makan atau kerap muntah pada awal kehamilan.
✅ Si ibu lebih bertenaga dan tidak mudah penat sepanjang kehamilan
✅ Merawat masalah 'cramps' dan sembelit di kalangan ibu hamil.

KHASIAT MIN KAFFE BAGI IBU MENYUSU


Jika ibu hamil boleh minum Min Kaffe, mestilah ibu menyusu pon boleh juga, kan?

✅ Khasiat Magnesium dalam Min Kaffe akan membantu memudahkan penyerapan kalsium yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi ibu menyusu.
Min Kaffe dapat meredakan stress para ibu akibat masalah kesihatan atau kesakitan selepas bersalin dan lain2
✅ Ingat, punca utama KEGAGALAN penyusuan ekslusif ibu adalah STRESS selain amalan pemakanan yang tidak betul.
✅ Memperbanyakkn atau memekatkan susu badan.
✅ Ibu menyusu pasti boleh kekal langsing dengan MENYUSU bayi bersama Min Kaffe ini kerana selepas bersalin pasti sembelit dan mengalami kesukaran untuk membuang air. So bila minum kopi ini ia membantu melawaskan perut kita.


TESTIMONI NAJEEB

Bagi aku, first time bila minum 2-3 kali memang ada rasa kurang selesa yang selesa, ehhh faham tak? Haha! Maksudnya, mineral coffee Min Kaffe ni rasa kopi, tapi lebih berlemak dan lite-lite, tidak senak perut, dalam masa yang sama macam boleh detect sakit kepala yang aku sering alami macam migrain dan sikit darah tinggi. Jadi selepas dah boleh adapt rasa dan effect Min Kaffe ni, aku rasa selesa sangat dan boleh layan kopi ni untuk teman aku masa buat kerja-kerja dan tugasan pada waktu malam. Dan yang paling best, kalau minum kopi biasa memang susah tidur kan sebab kandungan kafein yang tinggi, tapi Min Kaffe ni, walaupun rasa energetik, tapi sebab perut dan kepala dah selesa, tidur pun lebih mudah dan sangat nyenyak. Pagi layan lagi untuk waktu pejabat pula. 

Kalau anda semua berminat untuk mencuba, boleh hubungi Eja ;

Tempahan : 017-9450407 (EJA)
FB : www.facebook.com/sakura.eja

Monday, February 13, 2017

Port Dickson Beach : Gerbang Percutian Pilihan


Salam,
Dah lama tak lepak Port Dickson. Dulu rajin juga ke sana sebab ikut kawan aku balik rumah keluarga dia. Masa bujang-bujang dulu lah. Hehe!
Apa yang best sangat kat Port Dickson tu? Banyaaaaak sangat kalau aku nak tulis semua, tapi, tempat-tempat ini adalah antara tempat best yang aku nak share & suggestkan untuk korang lawati kat PD tu dalam entry kali ni.


First, of course lah korang pergi PD sebab nak mandi manda dan buat water sports kan. Jadi, terdapat beberapa pantai yang popular kat Port Dickson ni untuk korang lepak, antaranya Pantai Teluk Kemang dan Pantai Blue Lagoon yang menyediakan panorama yang cantik dan sesuai untuk korang berendam. Aku serious suka lepak pantai-pantai kat PD ni, sebab sunset memang direct jatuh cantik sebelah sini!





Then, kalau korang ni merupakan pencinta haiwan atau bawa anak-anak melancong bersama, korang boleh visit PD Ostrich Farm. Macam cute kan, melancong satu tempat dapat tengok haiwan sekali! Kat mana lagi korang boleh tengok burung unta live depan mata, kan? 


Selain itu, kalau korang inginkan suasana tenang dan mendamaikan, boleh lah lepak di PD Waterfront, dekat sini banyak gila shoplots dan restoran-restoran yang meriah bermula pada waktu petang sehingga ke tengah malam. So apa lagi, visit trivago.com hari ini untuk mendapatkan tawaran hotel dan penginapan yang terbaik yang boleh anda dapati di Port Dickson ini. Eh! Tetiba! Haha!


Dah alang-alang sebut pasal penginapan, aku ada satu resort yang best dan menarik untuk dikongsikan bersama korang iaitu Glory Beach Resort. Resort ini terletak di Pantai Tanjung Gemuk dan senang untuk dicari oleh para pengunjung. Waze or Google Map pun boleh jumpa. Nama pun familiar kan? 



Glory Beach Resort ini merupakan service-apartment yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan bertaraf 3 bintang. So, in case kalau korang datang ramai dengan kawan-kawan or family besar, korang dah tak perlu risau nak sewa bilik hotel biasa yang sempit tu lagi dah, sumbat je semua orang dalam apartment ni, senang! So, far kalau ikut perangai aku yang agak cerewet ni, not bad lah lepak sini! Bermewah tidak lah, tapi selesa tu InshaAllah.


Apa yang best pasal resort ni adalah setiap unit apartment ada balkoni sendiri, ada TV siap pasang Astro lagi, dan yang penting sekarang ni, --- kena ada WiFi! Haha..Nyawa tu! Kita kadang-kadang geram bila bercuti network telco macam biskut kan? Iya-lah, kadang-kadang tengah bercuti pun kena buat kerja, macam aku kadang-kadang travel itu pun satu kerja. Hehe! Plus, kalau korang ada tertinggal ke nak beli apa-apa barang makanan ke toiletteries ke, korang tak payah pening kepala nak keluar cari 7E atau kedai runcit ke, sebab kat sini ada kemudahan kedai yang menjual barangan harian dan cenderamata. 


Mesti korang wonder apa je aktiviti boleh buat kat sini kan? Meh nak cerita, Glory Beach Resort menawarkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk korang kat sini. Antara game yang boleh korang main kat sini adalah tennis, bola tampar pantai, bola sepak dan banyak lagi. Masa ini saja lah masa untuk kita lepak-lepak mengeratkan hubungan bersama-rakan-rakan dan keluarga , bonding-time gitu! Untuk korang yang suka swimming, resort ini juga menawarkan 2 buah pool, satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Selain itu, hotel in juga sangat lah animal-friendly. Mereka mempunyai satu taman untuk rabbit and tortoise. Jadi, kalau korang ada masa, bawaklah anak-anak ke sini dan korang berpeluang memberi makan kepada haiwan-haiwan ini sendiri. Best kan? 


Tak cukup dengan itu, korang pernah pergi hotel yang ada go-kart? Tak pernah kan? Haa...inilah tarikan utama ke resort ini, mereka menyediakan pengalaman Go-kart buat pengunjung mereka. So, kalau korang dah bosan habis pusing Port Dickson ni, korang boleh cuba main benda ni. 


Dan yang paling best, penutup travel-travel ni mesti nak berbarbeque kan? So, kalau korang rasa nak berbarbeque, korang boleh menyewa tapak kat resort ni. Boleh lah korang spend masa bersama keluarga sambil menikmati pelbagai makanan laut yang fresh kat PD ni. Jadi guys,  kalau travel ke Port Dickson, jangan lupa cuba try menginap di Glory Beach Resort!


Sumber gambar : Google