Friday, January 27, 2017

CITREX AMG African Mango Mate Kawal Berat Badan

Salam,

Hampir dua minggu 'bercuti' di Penang, cuti belajar saja pun, bukan cuti-cuti vacation..haha!
Tapi bila dah ada kat Penang ni, faham-faham saja lah....SYURGA MAKANAN kot!

Penang Street Foods! Heaven sey!
Semenjak dua selepas berat badan naik berkilo-kilo tanpa batasan ni, makin lama makin terasa kesan dia...semput, mengah, tak fit, semuanya penat! Serious beb! Sebab itu konon-konon tahun ni nekad semula nak keep fit dan hapuskan sikit-sikit lelemak dengan berjogging dan dah start jaga makan.

Cuma yang kalahnya kat Penang ni, datang setahun sekali, peluang nak explore tempat-tempat makan tu memang depan mata je kan? Hari lain dah tak dapat dah cheq oi...qeja hari-hari!

CITREX AMG African Mango.

CITREX A.M.G African Amngo & Mate Fiber Drinks.
Tapi nasib baik sebelum ke sini dah ready dengan CITREX African Mango & Mate, makanan tambahan keluaran dari Pharmaniaga yang aku dapat peluang untuk mencuba seminggu sebelum bercuti di sini.

[KLIK UNTUK BACA ARTIKEL]
Terus-terang, aku memang jarang ambil supplement atau mencuba apa-apa produk untuk turunkan dan kawal berat badan yang semakin menghampiri obesiti ni, tapi lepas dapat tawaran untuk mencuba CITREX AMG yang kaya dengan serat buah mangga ni, rasa macam --- why not, kan?

Apa yang menarik dengan makanan tambahan ni, CITREX AMG yang berperisa African Mango ini mampu :
— mencegah makan berlebihan
— tingkatkan metabolisma
— membakar lemak

Metabolisma, itulah masalah utama 'kita' yang gebu-gebu ni kan? Bila ada masalah metabolisma rendah, memang serious kena berusaha dan bergerak aktif lebih sikit dari orang yang semulajadinya metabolisma tinggi. Betulkan? Samalah dengan aku. Walau macamana bersenam, exercise, tapi tetap gendut, sebab makan tak jaga, metabolisma rendah, hobi pula food-hunting, haha!

Satu sachet - 200ml air, suam atau sejuk, sejuk lagi sedap!
Jadi, aku pun cuba CITREX AMG ni, mula-mula, cadangan pengambilan satu sachet sehari, sebelum sarapan pagi, tapi serious sedap gila macam jus mangga original, gua bedal sehari dua kali, sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur. Haha! Gigih kan? Bersenam tetap sambung, slow jog, bristwalk dan exercise sikit-sikit di gym office. Jadilah---kan?

Sebab apa sedap eh? Sebab kandungan CITREX AMG ini mempunyai gabungan:
* African Mango Extract
* Yerba Mate Extract
* Garcinia cambogia
 
Kandungan Nutrisi Citrex AMG
Kesan Yang Agak Memuaskan.
Ada juga yang bertanya masa aku share posting di Instagram dan Facebook minggu lepas, 
Tak sakit perut ke? Okey ke?
So far, selepas aku sambung layan CITREX AMG ni setiap pagi, atau malam, Alhamdulillah tak pernah rasa sakit perut atau memulas-mulas nak berry-berry atau cherry. Okey saja, malah makin senang nak membuang sisa sebab minuman ni adalah 100% fiber drinks. Dan yang paling syok masa packing pakaian untuk mula bercuti panjang tempoh hari, dah boleh celuih seluar-baju yang bersaiz lama, baru seminggu beb! Badan pun rasa ringan dan aktif sebab kadar metabolism semakin okey.

+ Sumber diet serat
+ SUGAR FREE
+ Hasil daripda tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
+ A.M.G dalam kategori pemakanan yang sihat.
+Tiada kesan sampingan
+ Meningkatkan metabolisme
+ Membakar lemak
+ Gabungan unik bahan-bahan yang terbukti secara klinikal untuk menyokong proses biokimia badan untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.
Citrex A.M.G formulation represents the ultimate synergy of natural ingredients. A unique combination of clinically proven ingredients to support the body’s biochemical process to enhance weight management naturally.

Jadi, bagi aku, makanan tambahan macam CITREX AMG African Mango & Mate ini pun perlu juga untuk membantu kita kawal berat badan dan bantu menambah metabolisma kita untuk rasa sentiasa sihat, walaupun tak berapa nak kurus langsing ataupun sado, kan? Cubalah!




CITREX AMG dari Pharmaniaga ni boleh didapati dengan harga sekitar RM75.00 untuk 28 sachet 15gram di Kedai Denai Hati :  http://www.denaisell.com/s/citrex-a-m-g/

#journaljeeb