Monday, January 9, 2017

Menginap Dengan Selesa Di Idaman Villa Home2Stay Melaka


Salam,

Cuti hujung minggu yang lepas, aku bersama-sama rakan blogger lain berkesempatan untuk hilangkan penat lelah bekerja dengan bercuti sekejap di Melaka. Dan kali ini penginapan kami agak istimewa sikit sebab khas dapat menginap dengan mood lima bintang di Homestay Idaman Villa yang terletak di Taman Syahbandar, Melaka, tidak jauh dari Bandar Melaka, Klebang dan Durian Tunggal.


Apa yang bestnya, Home2stay Villa Idaman ini adalah sebuah rumah banglo lot hujung, yang berkonsep moden klasik, dan mempunyai 3 tingkat keseluruhannya. Setiap tingkat mempunyai 3 bilik tidur yang boleh memuatkan lebih dari 8 orang. Dalam rumah ada 7 bilik dan satu banglo ini boleh muat dalam 18 hingga 20 orang dewasa, termasuk 6 bilik air. Jadi memang tak perlu berebut dan beratur lah kan? Kami ke sana dalam 16 orang, jadi memang sangat-sangat selesa dan meriah gila. Kami siap masak-masak lagi untuk breakfast, lunch, dan dinner.


Selain itu, yang paling best, ada kemudahan WiFi internet yang sangat laju dan lebih kurang 50+ siaran TV satelit. Memang lepak banglo saja kami bercuti kali ini sambil-sambil siapkan kerja-kerja lain yang pending.


Di Villa Idaman ni, semua bilik tidur dilengkapi televisyen, penghawa dingiin dan hot shower.
Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, dan kelengkapan memasak. Tidak lupa juga ada BBQ pit. Fuhh! Sekali nafas je tulis! Haha!


Untuk Tingkat 1, ada satu ruang tamu yang besar untuk bersantai, pillow talk, semualah lepak ramai-ramai, TV LED yang besar, internet yang laju, ada satu bilik tidur dengan 2 katil single yang mewah, dengan bilik air sekali, kemudahan memasak lengkap, tandas yang bersih , siap ada bbq pit kat bahagian, luar, ruang legar yang sangat bersih dan luas di luar. Dan car porch boleh memuatkan dua buah kereta serentak!
Tingkat 2 pula ada 2 tiga bilik tidur, satu master, dan dua lagi pun sama juga besar macam bilik master, eh! Semua macam bilik master lah! Haha! Dan semua bilik ada bilik air sendiri dengan mix katil king, queen, dan single. Relaks je kat sini sebab view tingkap full glass sangat syahdu dan tenang.
Dan paling best di tingkat 3, tingkat paling atas, rasa dah macam royal suite! Sebab ada dua katil saiz king dalam master bedroom, dan katil queen yang di dua lagi bilik di atas ni. Bilik Master memang rasa mewah sangat, kemas, tapi meletop! Terasa macam anak hartawan tau u'ols. Haha!
Untuk kemudahkan orang Islam, ada sejadah di setiap bilik, arah kiblat pun ada. yang best ada plug dan wire extention kat setiap bilik. Hahahahaha yang extension memang wajib ada tau , sebab semua orang bawa macam-macam gadget masa bercuti kan? Hehe!


Percutian kali ini memang meriah sangat, first sebab ramai-ramai bloggers stay dalam satu banglo, dah macam siri The House versi Blogger pula. Haha. Second, sebab banglo Home2stay Idaman Villa ini sangat selesa, lengkap, dan macam-macam kemudahan ada. Jadi, kami memang tak keluar sangat ke mana-mana pun sebab memang relaks lepak sini.


Kalau anda nak cuba menginap dengan selesa dan merasa suasana percutian yang moden dan klasik, nak buat gathering keluarga, atau bercuti beramai-ramai, bolehlah cuba menginap di sini! Harga yang ditawarkan untuk sehari sewa ialah RM1000/day, dan bagi aku ia sangat berbaloi sebab ruang banglo yang sangat besar, boleh share 5-6 keluarga, dengan kemudahan yang selesa bagaikan di rumah sendiri.

Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:
Contact : Encik Bari ( 012-2118246 )