Thursday, February 2, 2017

Telefon Pintar GT888 Dari GT Mobile

Salam,

Alhamdulillah, sempena Pelancaran Mega Aplikasi GT Dollar Malaysia oleh GT Group pada Januari lepas, aku berpeluang untuk mencuba salah satu telefon pintar model GT888, telefon intermediate yang mensasarkan golongan pengguna kelas pertengahan, yang direka khas keluaran GT Mobile yang berpangkalan dari Singapura.


First time tengok rekabentuknya pun dah rasa macam - wah! not bad! - sebab dapat dilihat GT Mobile ini seakan-akan menyerupai beberapa rekaan model flagship berjenama yang lain, di mana ia menggunakan bingkai logam bagi memperlihatkan kualiti binaan yang premium dan ringan. Sedap dipegang! Dikeluarkan di Singapura dengan harga pengenalan SGD400 (+RM1300), telefon kelas pertengahan ini tidak kurang dengan pelbagai spesifikasi yang menarik dan berbaloi.


Dilengkapkan dengan saiz skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels), ianya mempunyai kelebihan tambahan dimana jenis skrin yang digunakan adalah dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tanah lasak). Skrin besar tu memang puaslah kan?


Spesifikasi GTMobile - GT888.
GT888 dipadankan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz daripada 4 teras kelajuan. RAM sebesar 2Gb dan saiz storan sebesar 16Gb terbina dalam, dengan tambahan kad memori sehingga 64Gb. Cukup untuk pelbagai aplikasi media sosial, aplikasi dokumen, dan aplikasi hiburan lain.


Habit kita bila beli smartphone, mestilah nak tahu spesifikasi kamera kan? Semua orang macam itu, aku pun sama, dan bagi aku, spesifikasi kamera pada GT888 ini sangat okey untuk merakam detik dan tugasan di luar. Kemampuan optik telefon ini menawarkan sebuah kamera 8MP (dengan tetapan sehingga 13MP) yang terbaik didunia, dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan juga mampu merakamkan video pada resolusi 4K, dengan lensa OV8865 - iaitu lensa yang memberikan dedahan dalam keadaan gelap yang lebih tinggi.

Normal Mode (Outdoor)
HDR Mode (Outdoor)
Normal Mode (Outdoor - Low Light)
HDR Mode (Outdoor - Lowlight)
Closed-up Focus  - (No Zoom- Normal Mode)
Normal Mode (Outdoor - Very Low Light)

Kamera selfie hadapan 5MP dengan 'beauty mode' dan flash terbina dalam! Haha! Flawless kan?

Kabel pengecas - fast charging
Pengecasan Pantas dan Bateri Yang Tahan Lama.
GT888 ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH. Yang mana berdasarkan pengalaman aku menggunakannya selama beberapa hari, boleh dikatakan ia mampu bertahan selama 1 hari penuh dengan bateri 100% dan panel di bahagian belakang peranti GT Mobile ini juga boleh dibuka dan memudahkan pengguna untuk menukar bateri tanpa peralatan khas sekiranya didapati bateri itu bermasalah.


Fungsi Lain Yang Menarik.
Selain itu, fungsi yang terdapat didalam peranti ini juga dilihat menarik. Diantaranya ialah:


HotKnot – Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.
Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.
Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.
Off-Screen Gesture - (Fungsi ketika skrin terpadam)


Pendapat Peribadi.
Selepas menggunakan telefon pintar ini selama hampir satu minggu, aku sangat admired dengan rekaannya yang ringkas tetapi nampak premium seperti jenama telefon pintar lain yang lebih dikenali. Kelajuan fungsi kamera dan simpanan gambar juga sangat memudahkan aku untuk merakamkan moment-moment yang menarik, maklumlah, berangan jadi street journalist kan? Haha!
Selain itu, ketahanan baterinya dan fungsi pengecasan pantas sangat memudahkan aku yang sentiasa bergegas ke kuliah dan tugasan di sini, tak risau sangat kalau terlupa bawa powerbank jika berada di luar sehingga lewat malam.Terima kasih kepada GT Mobile dari GT Group Malaysia yang memberikan peluang untuk aku mencuba model GT888 ini!



Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh melayari laman web GT Mobile http://www.gtmobile.sg/