Tuesday, August 15, 2017

Pelancaran Hartanah Rencana Royale 'Smart Home' TTDI


Salam,

8 Ogos 2017 - Rencana  Royale, sebuah pemaju hartanah yang semakin dikenali ini telah melancarkan projek hartanah perumahan berkonsepkan 'smart home' atau rumah pintar yang terdiri daripada pelbagai konsep rekaan minimalis dan eksklusif dengan kemasan perabot tersedia - fully furnished unit. 

"Rencana Royale is the latest exciting properties developed by Minda Muhibah Sdn Bhd, located on a beautiful two-acre Malay Reserve in Taman Tun Dr. Ismail TTDI."

Majlis Pelancaran Rencana Royale "Smart Home" ini telah dirasmikan oleh Y. BHG. Dato' Razali Bin Haji Ibrahim , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam suasana yang agak 'cozy' dan 'classy' di Rencana Royale Sales Gallery yang terletak di Lot 3064, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.


Yang menariknya, Rencana Royale merupakan sebuah projek yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sekitar Kampung Sungai Pencala, dan projek pelaburan hartanah ini dibina di atas Rizab Tanah Melayu dan jualan hanya dibuka khusus kepada warganegara Malaysia berbangsa Melayu, bagi menarik minat generasi baru pelabur-pelabur tempatan di sekitar kawasan ini.


"Rencana TTDI is the latest exciting properties developed by Minda Muhibah Sdn Bhd, located on a beautiful two-acre Malay Reserve in Taman Tun Dr. Ismail TTDI. This is an opportunity offered exclusively to Malay buyers who have a desire to invest in not only their futures but the future of how people live and go to work." 
 
Rencana Royale adalah satu projek bagi pembangunan untuk jangka panjang dan pembangunannya juga merangkumi hampir 2 ekar tanah komersial dengan jumlah sebanyak 622 unit  yang ditempatkan dalam 2 blok pembangunan. Memandangkan projek ini dilaksanakan di lokasi pusat komersial ternama negara, Rencana Royale percaya ia kan menjadi pelaburan yang sangat baik untuk pasaran Melayu.
 
Semasa majlis pelancaran ini, kami telah dibawa untuk meninjau showroom atau sales unit contoh Rencana Royale 'Smart Home' jenis Studio yang sangat menarik dengan rekaan yang minimalis, tetapi telah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang telah di'customize' menjadi lebih canggih dan pintar, menjimatkan ruang, dan memberikan lebih keselesaan kepada pemiliknya yang mementingkan privacy dan kekemasan ringkas, tetapi cukup nampak ekslusif dan sangat selesa.
 
"Unit-unit di Rencana Royale ini adalah direka dengan konsep FULLY FURNISHED STUDIO bersaiz di antara 472' persegi hingga 5,780' persegi. Dan bagi beberapa unit yang lebih besar adalah dikenali sebagai "Duplex"."
Selain rekaan jenis Studio, terdapat juga pilihan rekaan lain bergantung kepada kehendak pelabur itu sendiri seperti Studio Duplex, Deluxe Unit, dan Executive Suite dengan anggaran pemilikan bermula pada nilai RM282,000.00 hingga RM3,99,000.00.


Projek pembinaan yang mensasarkan golongan pelabur generasi baru ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan eksklusif, termasuklah infinity swimming pool, gymnasium, taman permainan, bilik permainan dan pocket park yang terletak di puncak bangunan yang pastinya akan menjadi tempat kediaman yang menenangkan.
 

Semasa Majlis Pelancaran ini juga, berlangsung sekali acara European Bussiness Quality Award bagi mengiktiraf pelabur-pelabur dan perniagaan usahasama Eropah bagi tahun ini dan Rencana Royale / Minda Muhibbah Sdn. Bhd. adalah antara penerima salah satu anugerah tersebut.
 

Bagi anda yang berminat untuk melawat Rencana Royale Sales Gallery / Smart Home Show Unit di TTDI, boleh menghubungi Mr. Tom Tong  +6017 - 623 6280 untuk keterangan lanjut.


Rencana Royale Sales Gallery,
Lot 3064, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
 
Facebook : Rencana Royale | Instagram : @rencanaroyale_ttdi


Laporan bersama :
www.yanty.my