Saturday, October 7, 2017

Glamping Mewah Di Sunway Lost World Of Tambun



Weekend Gateway Dengan Glamping.
Last few weeks aku sempat join weekend gateway dengan rakan-rakan blogger yang lain ke utara cheq mai cheq mai. Haha. Dan destinasi kami pada kali ini ialah ke Sunway Lost World Of Tambun, yang terletak di Ipoh, Perak.


Seriously ini kali pertama aku ke sini, dan sebelum ke sini aku hanya dapat bayangkan taman tema dalam hutan hujan ni lebih kurang macam ala-ala ada zoo sikit, ada taman hiburan sikit, ada waterpark biasa-biasa je kan. Lagipun macam dah lama dah LWOT ni dibuka kan, apa yang menarik sangat tu? Haa bermonolog pulak katanya! Haha!


Tarikan Terbaharu Sunway Lost World Of Tambun.
Bila dikatakan kami akan berpeluang untuk mencuba tarikan baharu di sini, aku dah start excited bila buggy-tram LWOT ni membawa kami ke dalam lagi melepasi waterpark, dan taman-taman hiburan, taman haiwan masuk ke laman perkhemahan terbaru LWOT iaitu "Glamour Camping" ataupun sekarang lebih popular dengan term Glamping!


Khemah Yang Sangat Mewah.
Sampai sahaja di kawasan khemah, sudah tersedia 4 buah khemah yang besar dan yang paling best ialah kemudahan yang disediakan di dalam khemah tersebut lengkap dengan katil (queen & double single bed), kipas angin, lampu, cermin besar untuk bersiap, dan yang paling penting ada extension plug untuk kita charge semua travel gadget kita. Malahan, tandas yang sangat berdekatan dengan tapak khemah juga sangat selesa dan mewah, siap ada tuala, shower cream, shampoo dan lotion yang wangi gila! Haha!


Keindahan Kawasan Glamping.
Kawasan sekitar glamping ini juga sangat menarik dengan dikelilingi bukit dan banjaran batu kapur, tasik buatan, hutan-hutan segar dan yang paling best dekat kawasan ini ialah, tak ada nyamuk ataupun serangga unggas-unggas yang mengganggu keselesaan kita sebab kawasan ini dikelilingi pelbagai tumbuhan herba dan serai yang efektif untuk menghalau serangga. Best kan? So malam-malam memang sangat syok, tenang, boleh pasang unggun api, lepak-lepak membawang..eh! Haha.


Suasana Nyaman Glamping.
Semasa trip kali ini pun, kami berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti zoo tour di Hippo Kingdom, Petting Zoo, Jelajah Six Miles Tunnel, bergembira di Theme Park, menikmati minum petang yang sangat awesome di sekitar LWOT, menonton persembahan The Tales of Tribe dan Flaming Percussion pada waktu malam, dan yang paling penat ialah menjerit bagai orang gila di dalam Haunted Chamber! Hahaha! Serious penat weh!

Breakfast yang mewah dan elegan di rimba Garden Terrace Wetlands

Hippo Kingdom

Juwita - Badak Air Yang Cantik

Bird Sanctuary

Cute Racoon at Petting Zoo

Gembala Gajah

Petting Zoo
Roller Coaster!

Pirate Ship!
Meneroka Six Miles Tunnel
Sesi Bersama Kak Ponti di Haunted Chambers

Jadi selepas semua aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan mental (sebab terkejut nampak kak ponti dalam Haunted Chamber!) suasana alam sekitar, kedamaian dan keselesaan di Glamping LWOT ini adalah seperti terapi dalam diri aku. Nyaman gila! Paling nyaman ada Cosmoderm Deep Heat Lotion tu..haha..pakcik dah tua nak! 

Legakan lenguh-lenguh dan gatal-gatal dengan Cosmoderm Deep Heat Lotion
Cosmoderm Travel Set

Recommended 4.5/5 Stars!
Jadi kalau anda sendiri nak merasa keseronokan, weekend atau weekdays gateways yang sangat berbaloi dan menarik, boleh cuba ber-Glamping di sini. Pelbagai tawaran dan pakej yang menarik sentiasa ditawarkan oleh Sunway Lost World Of Tambun untuk anda pilih mengikut bajet, percutian, dan keselesaan anda sendiri! 

Thanks Sunway Lost World of Tambun!

Pakej Glamping Sunway Lost World Of Tambun


Terima kasih juga kepada rakan travel sepanjang percutian ini iaitu Cosmoderm dan juga Yeo's Malaysia!