Saturday, November 25, 2017

Irene Catalina Kembali Dengan Ajari Aku

Irene Catalina - Utusan Malaysia
Hujung minggu lepas aku bersama beberapa rakan blogger sempat menghadiri jemputan untuk satu Mini Showcase & Hi Tea sempena dengan pelancaran single debut penyanyi Irene Catalina, "Ajari Aku" di Comedy Planet, Great Eastern Mall, Ampang.

Album "Ajari Aku"
Irene Catalina.
Selepas beberapa lama menyepi dengan kumpulan Angels yang pernah mewarnai dunia seni hiburan tanahair sekitar tahun 2004 hingga 2006 lepas, kini salah seorang ahlinya iaitu Irene Catalina kembali semula sebagai penyanyi solo pada awal tahun ini.


Ajari Aku - Encik Suami Mat Salih Celup
Single pertama Irene Catalina yang berjudul "Ajari Aku" ciptaan komposer terkenal DJ Fuzz dan lirik yang ditulis oleh Kumpulan Viral ini telah mendapat sambutan hangat selepas menjadi runut bunyi drama adaptasi novel tulisan Yumi Hyra, iaitu "Encik Suami Mat Salih Celup", yang telah dilakonkan oleh Nelydia Senrose dan Daler Yusuf. Dan sehingga kini runut bunyi OST drama ini telah mendapat tontonan sebanyak 123, 000 kali di laman Youtube. Best ke? Jom layan sekejap...




Penyanyi Baru HOT 2017.
Irene Catalina juga telah tercalon sebagai salah seorang Penyanyi Baru Hot 2017 dalam Anugerah Hot FM Top Hot 2017 dengan pertaruhan daripada single terbaru beliau ini. Wahhh! Tahniah in advance! 


Mini Showcase Untuk Rakan Media, Sahabat dan Keluarga.
Menurut Irene, Showcase yang sangat bertenaga dan bermakna ini adalah sebagai satu ucapan terima kasih Irene Catalina dan menghargai sokongan serta galakan yang diberikan oleh semua pihak, rakan media, rakan-rakan perniagaan, sahabat-sahabat Irene serta keluarga yang telah banyak membantu dalam kemunculan semula beliau dalam industri seni muzik tanahair. Kami yang duduk di meja tetamu memang sangat enjoy mendengar Irene perform beberapa lagu seperti Sejarah Hitam (Kumpulan Angels), Perfect (Ed Sheran), All I Ask (Adele), Jampi (Hael), dan juga sempat berduet dengan Kumpulan MJ dalam lagu Like I'm Gonna Loose You, dengan gaya dan vokal yang tersendiri. Meremang kita wakkk! Lagu "Ajari Aku" yang berentak pop sikit, reggae sikit, ada macam joget-joget lansing-lansing sikit...memang catchy wey!

"Ajari aku ..ooo...Ajari aku Ooo...!" tiberrr! Haha!


All the best untuk Irene Catalina, dan selamat kembali mewarni industri seni muzik tanahair dengan identiti dan  bakat yang tersendiri!