Tuesday, November 28, 2017

Pengembaraan Luar Biasa Di Karnival Upin Ipin



Sempena permulaan Cuti Sekolah yang sudah menjelma minggu lepas, pakcik sempatlah singgah ke Karnival Upin Ipin yang dibawakan khas oleh syarikat animasi terkenal negara, iaitu Les Copaque Production Sdn Bhd, yang bertempat di Dewan A & C, MAEPS, Serdang. Wakil anak-anak buah katanya! Hahahahaha!

Pengunjung Mendapatkan Tiket Masuk ke Karnival...beratur panjang beb!
Masuk sahaja di perkarangan Dewan A dan Dewan C, ramai pengunjung, ibu bapa, bawa anak-anak, datuk nenek bawa cucu-cucu, dah memenuhi kaunter tiket seawal jam 10.00 pagi lagi! Fuhh! Memang tertarik dan menarik karnival pada kali ini kan. 



Karnival Upin Ipin ini telah diadakan pada 24 hingga 26 November lepas dengan menampilkan tema "Upin Ipin Luar Biasa", dan yang paling bestnya, aktiviti, showtime, dan pameran yang direka khas ini adalah sangat menarik dan sangat interaktif. Seriously aku yang datang dengan rakan-rakan blogger sangat terpegun dengan set-up Karnival pada kali ini!

Persembahan Muzikal Upin Ipin Dan Kawan-Kawan
Full House guys!
Persembahan Upin Ipin dan Kawan-Kawan.
Bertempat di Dewan A, adalah pentas dan dewan untuk showtime maskot-maskot comel animasi Upin Ipin bersama Kawan-Kawan dan juga animasi Les Copaque yang lain seperti Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, dan juga kemunculan Ultraman Ribut, iaitu Ultraman rasmi yang ada KP Malaysia. Haha! Memang meriah dewan dengan sorakan dan kekaguman anak-anak, termasuklah mak bapak dan pakcik kau ni sekali! Hehe!

Kemunculan Puteri-Puteri Limau yang sangat cantik!
Pintu Ke Alam Magik...pin pin pom!
Alam Magik Luar Biasa.
Dewan C pula menampilkan kembara ke alam magik dan fantasi, dunia pengembaraan Upin Ipin dan Kawan-Kawannya ke Alam Imaginasi yang telah direalitikan seperti Alam Dino, Rumah Opah, Tadika Mesra, Ultraman bersaiz gergasi, Kampung Misteri, Wayang Kulit yang comel, dan suasana kampung yang tidak dapat dialami oleh anak-anak zaman sekarang. Memang nostalgia sangat!

Kembara ke Alam Dino
Tadika Mesra pun ada!
Rumah Opah! Best sangat!
Besarnya Ultraman Ribut!
Kampung Misteri Tok Dalang!
Persembahan Wayang Kulit

Perkembangan Filem dan Animasi Malaysia.
Semasa showtime juga, telah dipersembahankan perkembangan dunia animasi negara yang telah dicapai oleh Les Copaque yang telah meneroka pasaran luar negara, mencapai 1 juta subscribers dan jutaan tontotan di saluran Youtube rasmi, dan juga tayangan episod terkini dan trailer filem terkini "Upin Ipin The Movie" yang akan menemui peminat tidak lama lagi!


Eiii..tak sabarnya!!! (suara nyaring). Haha!
Terima kasih kepada pihak Les Copaque atas jemputan untuk menikmati dunia fantasi dan kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak pada pakcik tua ni. Nak lagiiii!