Monday, November 27, 2017

Promosi Cuti Sekolah Menarik Di Lost World Of Tambun POW Holidays!


Hai! Mak-Ayah dah merancang aktiviti untuk Cuti Sekolah ataupun holiday rewards untuk anak-anak yang telah bertungkus-lumus menelaah pelajaran sepanjang tahun ni?


Kalau belum, jom enjoy di Sunway Lost World of Tambun, yang terletak di Ipoh Perak, sebab sekarang LWOT sedang mengadakan promosi Cuti Sekolah Lost World POW Holidays! Sambil-sambil bawa anak-anak travel, boleh juga luangkan masa berkualiti untuk bergembira dan menimba pengalaman baharu kan?

Lost World POW Holidays Launching - Beratus Golden Ticket untuk pengunjung bertuah!

Lost World POW Holidays.
Kenapa POW? Sebabnya, kali ini LWOT memunculkan watak-watak superhero-superhero power di taman tema interaktif ini! Untuk promosi cuti sekolah ini, LWOT bertemakan superhero Powerpuff Girls dan juga superhero Ben10 yang menjadi kegemaran anak-anak! Siapa yang tak suka kan! Kalau pakcik Jeeb pun teruja rasanya..Haha!

Kemunculan Ben10, Powerpuff Girls, dan Santa Elves menanti anak-anak!
 


Aktiviti dan Games Menarik POW Holidays
Selain kemunculan maskot-maskot comel superhero Ben10, Bubbles, Buttercup, dan Blossom, aktiviti permainan keluarga bersaiz jumbo seperti Giant Jenga, Giant Snake and Ladder, Shuttle Smash, Slow and Steady, Wheel of Power.


Untuk pakej ini, seperti biasa harga tiket adalah termasuk juga bayaran ke semua akses keseronokan menjelajah di seluruh Sunway LWOT ini, seperti Amusement Park, Petting Zoo, Hippo Kingdom, Hot Springs And Spa, dan banyak lagi tarikan menarik di sini.

Giant Jenga!
Snake & Ladder
Shuttle Smash!
Slow & Steady!
Wheel of POWer!
Photo Time!
Contest Lost World POW Holidays!
Yang paling best untuk musim ini, ada contest yang boleh anda sekeluarga sertai dengan pelbagai hadiah yang sangat menarik. Nak tahu? Cuba klik gambar Photo Contest di bawah!

Klik Untuk Info Contest
Pakej Lengkap untuk menikmati keseronokan LWOT!

Untuk info yang lebih details, hubungi Sunway Lost World Of Tambun dan booking cepat-cepat ye!