Friday, January 27, 2017

CITREX AMG African Mango Mate Kawal Berat Badan

Salam,

Hampir dua minggu 'bercuti' di Penang, cuti belajar saja pun, bukan cuti-cuti vacation..haha!
Tapi bila dah ada kat Penang ni, faham-faham saja lah....SYURGA MAKANAN kot!

Penang Street Foods! Heaven sey!
Semenjak dua selepas berat badan naik berkilo-kilo tanpa batasan ni, makin lama makin terasa kesan dia...semput, mengah, tak fit, semuanya penat! Serious beb! Sebab itu konon-konon tahun ni nekad semula nak keep fit dan hapuskan sikit-sikit lelemak dengan berjogging dan dah start jaga makan.

Cuma yang kalahnya kat Penang ni, datang setahun sekali, peluang nak explore tempat-tempat makan tu memang depan mata je kan? Hari lain dah tak dapat dah cheq oi...qeja hari-hari!

CITREX AMG African Mango.

CITREX A.M.G African Amngo & Mate Fiber Drinks.
Tapi nasib baik sebelum ke sini dah ready dengan CITREX African Mango & Mate, makanan tambahan keluaran dari Pharmaniaga yang aku dapat peluang untuk mencuba seminggu sebelum bercuti di sini.

[KLIK UNTUK BACA ARTIKEL]
Terus-terang, aku memang jarang ambil supplement atau mencuba apa-apa produk untuk turunkan dan kawal berat badan yang semakin menghampiri obesiti ni, tapi lepas dapat tawaran untuk mencuba CITREX AMG yang kaya dengan serat buah mangga ni, rasa macam --- why not, kan?

Apa yang menarik dengan makanan tambahan ni, CITREX AMG yang berperisa African Mango ini mampu :
— mencegah makan berlebihan
— tingkatkan metabolisma
— membakar lemak

Metabolisma, itulah masalah utama 'kita' yang gebu-gebu ni kan? Bila ada masalah metabolisma rendah, memang serious kena berusaha dan bergerak aktif lebih sikit dari orang yang semulajadinya metabolisma tinggi. Betulkan? Samalah dengan aku. Walau macamana bersenam, exercise, tapi tetap gendut, sebab makan tak jaga, metabolisma rendah, hobi pula food-hunting, haha!

Satu sachet - 200ml air, suam atau sejuk, sejuk lagi sedap!
Jadi, aku pun cuba CITREX AMG ni, mula-mula, cadangan pengambilan satu sachet sehari, sebelum sarapan pagi, tapi serious sedap gila macam jus mangga original, gua bedal sehari dua kali, sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur. Haha! Gigih kan? Bersenam tetap sambung, slow jog, bristwalk dan exercise sikit-sikit di gym office. Jadilah---kan?

Sebab apa sedap eh? Sebab kandungan CITREX AMG ini mempunyai gabungan:
* African Mango Extract
* Yerba Mate Extract
* Garcinia cambogia
 
Kandungan Nutrisi Citrex AMG
Kesan Yang Agak Memuaskan.
Ada juga yang bertanya masa aku share posting di Instagram dan Facebook minggu lepas, 
Tak sakit perut ke? Okey ke?
So far, selepas aku sambung layan CITREX AMG ni setiap pagi, atau malam, Alhamdulillah tak pernah rasa sakit perut atau memulas-mulas nak berry-berry atau cherry. Okey saja, malah makin senang nak membuang sisa sebab minuman ni adalah 100% fiber drinks. Dan yang paling syok masa packing pakaian untuk mula bercuti panjang tempoh hari, dah boleh celuih seluar-baju yang bersaiz lama, baru seminggu beb! Badan pun rasa ringan dan aktif sebab kadar metabolism semakin okey.

+ Sumber diet serat
+ SUGAR FREE
+ Hasil daripda tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
+ A.M.G dalam kategori pemakanan yang sihat.
+Tiada kesan sampingan
+ Meningkatkan metabolisme
+ Membakar lemak
+ Gabungan unik bahan-bahan yang terbukti secara klinikal untuk menyokong proses biokimia badan untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.
Citrex A.M.G formulation represents the ultimate synergy of natural ingredients. A unique combination of clinically proven ingredients to support the body’s biochemical process to enhance weight management naturally.

Jadi, bagi aku, makanan tambahan macam CITREX AMG African Mango & Mate ini pun perlu juga untuk membantu kita kawal berat badan dan bantu menambah metabolisma kita untuk rasa sentiasa sihat, walaupun tak berapa nak kurus langsing ataupun sado, kan? Cubalah!




CITREX AMG dari Pharmaniaga ni boleh didapati dengan harga sekitar RM75.00 untuk 28 sachet 15gram di Kedai Denai Hati :  http://www.denaisell.com/s/citrex-a-m-g/

#journaljeeb
 

Friday, January 20, 2017

GT Group Malaysia - Perkenalkan Aplikasi GT Dollar

Salam,

Pada 16 Januari 2017 lepas semasa Malaysia FinTech Ecosystem Conference di Sime Darby, Bukit Kiara, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia dari GT Group Malaysia.


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dalam majlis tu juga diperkenalkan applikasi mudah alih GT Dollar yang bertindak sebagai satu platform mudah alih E-Dagang terbesar di Malaysia yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi dengan lebih mudah dan teratur.


Apa itu aplikasi GT Dollar? Ia lebih kurang macam e-wallet lah, dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store untuk telefon pintar Android, ataupun di Apple Store untuk gadget jenama Apple. 



GT Dollar adalah aplikasi yang membolehkan korang berbelanja tanpa menggunakan tunai dimana e-wallet ini akan memainkan peranan dalam setiap urusan antara pembeli dan juga peniaga.
Lebih menarik lagi kerana terdapat juga potongan harga khas diberikan kepada pengguna GT Dollar yang berbelanja menggunakan applikasi ini. Semakin hari ahli GT Kredit Alliance akan semakin bertambah dan produk yang ditawarkan melalui aplikasi ini juga akan semakin banyak dan menarik. Antara produk yang ditawarkan melalui GT Dollar adalah food, travel, gift, beauty, entertainment dan banyak lagi! Semuanya dah online kan sekarang ni!


Syarikat GT Group Of Companies juga mempunyai beberapa produk lain seperti GT Mobile, GT Wonder Boy dan GT Smart Watch. Apa yang lebih menarik perhatian aku adalah GT Wonder Boy yang merupakan robot pintar yang sangat comel yang boleh berkomunikasi secara dua hala dan dapat dijadikan teman. Menariknya lagi sebab robot ni boleh jadi personal assistant korang untuk manage jadual harian, boleh menghiburkan sebab boleh menyanyi dan menari, boleh juga jadi personal photographer dan sebagai translator apabila bercuti ke luar negara. Banyak lagi fungsi menarik tentang GT Wonder Boy ni selain yang aku sebutkan tadi.


GT Smart Watch pula adalah jam pintar teknologi baru dimana dapat membantu ibu bapa memantau anak melalui smart phone. Sebagai contoh, ibu bapa boleh manage jadual dan buat peringatan kepada anak melalui applikasi di smartphone terus kepada pemakai jam juga dapat memantau pergerakan anak. Sekiranya anak keluar dari zone yang ditetapkan, warning akan diberikan untuk memaklumkan kepada parents.


Dan banyak lagi fungsi dan aplikasi yang menarik lagi dari GT Group ini yang akan berada di pasaran e-dagang Malaysia kelak!

www.gtdollar.com
www.gtrobots.com
www.gtmobile.sg
www.instagram.com/gtgroupmalaysia

#journaljeeb

Monday, January 9, 2017

Menginap Dengan Selesa Di Idaman Villa Home2Stay Melaka


Salam,

Cuti hujung minggu yang lepas, aku bersama-sama rakan blogger lain berkesempatan untuk hilangkan penat lelah bekerja dengan bercuti sekejap di Melaka. Dan kali ini penginapan kami agak istimewa sikit sebab khas dapat menginap dengan mood lima bintang di Homestay Idaman Villa yang terletak di Taman Syahbandar, Melaka, tidak jauh dari Bandar Melaka, Klebang dan Durian Tunggal.


Apa yang bestnya, Home2stay Villa Idaman ini adalah sebuah rumah banglo lot hujung, yang berkonsep moden klasik, dan mempunyai 3 tingkat keseluruhannya. Setiap tingkat mempunyai 3 bilik tidur yang boleh memuatkan lebih dari 8 orang. Dalam rumah ada 7 bilik dan satu banglo ini boleh muat dalam 18 hingga 20 orang dewasa, termasuk 6 bilik air. Jadi memang tak perlu berebut dan beratur lah kan? Kami ke sana dalam 16 orang, jadi memang sangat-sangat selesa dan meriah gila. Kami siap masak-masak lagi untuk breakfast, lunch, dan dinner.


Selain itu, yang paling best, ada kemudahan WiFi internet yang sangat laju dan lebih kurang 50+ siaran TV satelit. Memang lepak banglo saja kami bercuti kali ini sambil-sambil siapkan kerja-kerja lain yang pending.


Di Villa Idaman ni, semua bilik tidur dilengkapi televisyen, penghawa dingiin dan hot shower.
Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, dan kelengkapan memasak. Tidak lupa juga ada BBQ pit. Fuhh! Sekali nafas je tulis! Haha!


Untuk Tingkat 1, ada satu ruang tamu yang besar untuk bersantai, pillow talk, semualah lepak ramai-ramai, TV LED yang besar, internet yang laju, ada satu bilik tidur dengan 2 katil single yang mewah, dengan bilik air sekali, kemudahan memasak lengkap, tandas yang bersih , siap ada bbq pit kat bahagian, luar, ruang legar yang sangat bersih dan luas di luar. Dan car porch boleh memuatkan dua buah kereta serentak!
Tingkat 2 pula ada 2 tiga bilik tidur, satu master, dan dua lagi pun sama juga besar macam bilik master, eh! Semua macam bilik master lah! Haha! Dan semua bilik ada bilik air sendiri dengan mix katil king, queen, dan single. Relaks je kat sini sebab view tingkap full glass sangat syahdu dan tenang.
Dan paling best di tingkat 3, tingkat paling atas, rasa dah macam royal suite! Sebab ada dua katil saiz king dalam master bedroom, dan katil queen yang di dua lagi bilik di atas ni. Bilik Master memang rasa mewah sangat, kemas, tapi meletop! Terasa macam anak hartawan tau u'ols. Haha!
Untuk kemudahkan orang Islam, ada sejadah di setiap bilik, arah kiblat pun ada. yang best ada plug dan wire extention kat setiap bilik. Hahahahaha yang extension memang wajib ada tau , sebab semua orang bawa macam-macam gadget masa bercuti kan? Hehe!


Percutian kali ini memang meriah sangat, first sebab ramai-ramai bloggers stay dalam satu banglo, dah macam siri The House versi Blogger pula. Haha. Second, sebab banglo Home2stay Idaman Villa ini sangat selesa, lengkap, dan macam-macam kemudahan ada. Jadi, kami memang tak keluar sangat ke mana-mana pun sebab memang relaks lepak sini.


Kalau anda nak cuba menginap dengan selesa dan merasa suasana percutian yang moden dan klasik, nak buat gathering keluarga, atau bercuti beramai-ramai, bolehlah cuba menginap di sini! Harga yang ditawarkan untuk sehari sewa ialah RM1000/day, dan bagi aku ia sangat berbaloi sebab ruang banglo yang sangat besar, boleh share 5-6 keluarga, dengan kemudahan yang selesa bagaikan di rumah sendiri.

Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:
Contact : Encik Bari ( 012-2118246 )