Wednesday, February 14, 2018

PJJ USM - KEMASUKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TAHUN 2018 : Jom Sambung Belajar!



Alhamdulillah,

Baru dapat kembali menulis kat sini...chewahhh!
Rasa macam setahun sekali je aku buat entry pasal perjalanan onak dan duri dan gemok kurus aku dalam mengejar impian dan cita-cita sebagai seorang pelajar berusia emas separuh masa (PJJ) di USM ni. Haha!


Ikutkan, macam-macam benda aku nak share, apa yang aku dah lalui, apa yang aku missed dan perlu warning pada siapa-siapa yang berminat, tapi seriously, aku rasa aku belum layak lagi masa tu. 
Ala-ala macam baru darjah tiga lah! Hihi!

Iyalah, nak beri tips pun kita ni paras-paras so-so sahaja, ligat pulak tu nak vacation je memanjang!

Tapi InshaAllah, tahun 2018 ni, adalah tahun terakhir pengajian aku, (Tahun 4), dan aku akan mula share-lah sikit-sikit soalan-soalan random yang selalu orang bertanya, perjalanan aku di sana, bagaimana membahagi masa, tenaga, mental dan emosi bila tiba musim intensif, mid-term exam (Peperiksaan Berkala), macamana nak layan group member yang senget, yang lepas tangan, yang fikir dia sorang sahaja ada kerja hakiki...macam-macam cerita diknon.

Itu belum lagi kisah kena reject assignment, kena reject proposal, tukar supervisior...ehh! Macam-macam lah! Haha.

Farewell mates!
Kisah caras mencaras, kisah skandal kekasih gelapku, kisah pelamin anganku musnah pun ada! Eh! Hanat betullah moment tu! Hahaha! Itu mungkin perlu ditapis pelbagai penapis dulu kot!

Tapi, yang paling best, disaat macam inilah, persahabatan jadi lebih indah sebab masing-masing dah matang menilai apa jenis sahabat kau itu! Kisah sahabat ini juga nanti aku share, sebab 100 kisah tak seronok, 1001 lagi adalah nikmat yang mana kau ingin dustakan? haaaaa-gituhhh!

Just drop your question(s) in comment section below or into my Facebook Messenger inbox. OK! Kalau rajin aku jawab secara pukal dan buat entry okey!


Iklan untuk Pengambilan Pelajar Baru Tahun 2018 dah keluar, boleh terus direct ke https://pohon.usm.my/ untuk makluman lanjut okeh!


It's never too late to start anything! Come on guys!

Monday, February 12, 2018

Shopee : Carian Online Shopping Paling Top Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32%
Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.



Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:

Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee