Wednesday, February 14, 2018

PJJ USM - KEMASUKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TAHUN 2018 : Jom Sambung Belajar!



Alhamdulillah,

Baru dapat kembali menulis kat sini...chewahhh!
Rasa macam setahun sekali je aku buat entry pasal perjalanan onak dan duri dan gemok kurus aku dalam mengejar impian dan cita-cita sebagai seorang pelajar berusia emas separuh masa (PJJ) di USM ni. Haha!


Ikutkan, macam-macam benda aku nak share, apa yang aku dah lalui, apa yang aku missed dan perlu warning pada siapa-siapa yang berminat, tapi seriously, aku rasa aku belum layak lagi masa tu. 
Ala-ala macam baru darjah tiga lah! Hihi!

Iyalah, nak beri tips pun kita ni paras-paras so-so sahaja, ligat pulak tu nak vacation je memanjang!

Tapi InshaAllah, tahun 2018 ni, adalah tahun terakhir pengajian aku, (Tahun 4), dan aku akan mula share-lah sikit-sikit soalan-soalan random yang selalu orang bertanya, perjalanan aku di sana, bagaimana membahagi masa, tenaga, mental dan emosi bila tiba musim intensif, mid-term exam (Peperiksaan Berkala), macamana nak layan group member yang senget, yang lepas tangan, yang fikir dia sorang sahaja ada kerja hakiki...macam-macam cerita diknon.

Itu belum lagi kisah kena reject assignment, kena reject proposal, tukar supervisior...ehh! Macam-macam lah! Haha.

Farewell mates!
Kisah caras mencaras, kisah skandal kekasih gelapku, kisah pelamin anganku musnah pun ada! Eh! Hanat betullah moment tu! Hahaha! Itu mungkin perlu ditapis pelbagai penapis dulu kot!

Tapi, yang paling best, disaat macam inilah, persahabatan jadi lebih indah sebab masing-masing dah matang menilai apa jenis sahabat kau itu! Kisah sahabat ini juga nanti aku share, sebab 100 kisah tak seronok, 1001 lagi adalah nikmat yang mana kau ingin dustakan? haaaaa-gituhhh!

Just drop your question(s) in comment section below or into my Facebook Messenger inbox. OK! Kalau rajin aku jawab secara pukal dan buat entry okey!


Iklan untuk Pengambilan Pelajar Baru Tahun 2018 dah keluar, boleh terus direct ke https://pohon.usm.my/ untuk makluman lanjut okeh!


It's never too late to start anything! Come on guys!