Tuesday, July 31, 2018

5 Aktiviti Inspirasi Seni di Hin Bus Depot Pulau Pinang

Salam...
 
Eh! Baru keluar gua dik! Haha.
Iya, abang kembali menulis.

Tak dapat nak selalu, aktif merempan di Facebook saja.
 
Ok hari ni nak share satu informasi best at my second home, cewah.. Penang.

Rindu sangat nak ke sana. Hahaha.

Kalau yang suka travel dan enjoy dengan benda-benda art, berseni, deep, rustic, boleh lah cuba singgah di Hin Bus Depot, Pulau Pinang.
 
Related image
 
 
"Dibina pada tahun 1947, Hin Bus Depot sebelum ini merupakan sebuah depot untuk "bas biru" yang digunakan untuk laluan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang. Apabila syarikat bas ini ditutup, depot dibiarkan kosong selama bertahun-tahun sehingga dibeli oleh sebuah syarikat."
Image result for Hin Bus Depot, Pulau Pinang
 
Tidak lama kemudian Ernest Zacharevic, seorang artis yang terkenal dengan lukisan mural yang terkenal di sekeliling Georgetown memutuskan untuk menggunakan ruang yang ditinggalkan ini untuk pameran solonya. 5 tahun kemudian depot ini dibangunkan dan wujudlah galeri pameran (dari arca ke fotografi), sebuah pasar seni setiap hari Ahad, dan penyiaran filem-filem seni dan dokumentari pada setiap ari Selasa.

Antara aktiviti santai yang boleh dibuat di sini ialah ; 

1. Pop-up Market (Setiap Hari Ahad)
 
 
Setiap hari Ahad Hin Bus Depot akan diwarnai dengan gerai-gerai yang menjual makanan home made, T-shirt, cenderahati, barang perhiasan diri dan banyak lagi. Suasana hujung minggu anda juga bakal dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi jalanan.
Bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang, anda pasti puas dengan lawatan anda ke Hin Bus Depot pada hari Ahad!  

 
2. Pameran Seni dan Mural

 
Dinding-dinding bangunan Hin Bus Depot yang kosong dan sepi telah diwarnai dan dihiasi oleh artis-artis tempatan dan juga luar negara. Anda boleh berjalan-jalan di kawasan ini sambil bergambar dengan mural atau hasil seni kegemaran anda.
 
Galeri di Hin Bus Depot dibuka dari pukul 12 tengahari sehingga 8 malam dari Isnin hingga Jumaat manakala pada pukul 11 pagi hingga 8 malam setiap Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma! 
 
 
3. Arena Luncur (Skateboarding)
 
 
Di suatu bahagian terdapat arena untuk peluncur papan selaju berlatih atau mempamerkan aksi mereka. Jenama antarabangsa VANs turut terlibat dalam menjayakan tempat ini.
Anda juga boleh bawa papan luncur anda di sini!  
 
 
4. Mengopi di Bricklin Bar Cafe
 
 
Jika anda tercari-cari tempat untuk minum kopi selepas makan tengah hari, inilah tempat yang sesuai! Terletak di suatu sudut,Bricklin Bar Cafe mempunyai suasana yang sempurna bagi anda untuk bersantai dan menikmati cahaya matahari yang menyusup masuk melalui tingkap kaca sambil menghirup secawan kopi dan membaca buku kegemaran anda!
 
 
5. Makannn! Di Kitchen Chemistry

 
Mac N Cheese atau Nasi Lemak? Walau apa pun pilihan anak tekak anda, Kitchen Chemistry boleh menyajikannya. Mereka menawarkan juadah oriental, barat dan juga pencuci mulut yang beraneka untuk memenuhi selera anda.
 
Harga yang ditawarkan berpatutan dan ulasan pelanggan setakat ini positif-positif belaka. Parti hari jadi atau apa sahaja keraian turut boleh diadakan di sini.

Hipster tak? Haha...menurut netizen dan peminat-peminat seni yang sering ke sini, terdapat juga Art Class yang dikendalikan secara percuma, ada juga yang berbayar untuk siapa-siapa yang mempunyai minta dan ingin menambah pengetahuan yang mendalam dalam keindahan dunia seni...best kan!

InshaAllah, next new semester aku akan try singgah dan lepak kat sini juga, boleh update aktiviti terkini yang menarik di Penang!

Kbai.

Sumber Gambar - Penang Foodie & Google